
Mencampur-adukkan wang perniagaan dengan wang peribadi sering menjadi amalan peniaga-peniaga mikro. Oleh kerana amnya struktur pemilikan perniagaan mikro yang bersifat pemilikan tunggal dan berstatus enterprise, pemilik perniagaan mempunyai kebebasan mutlak bagaimana beliau ingin menguruskan perniagaannya, baik dari segi pengurusan, pemasaran, pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan, mahupun kewangan. Jenis perniagaan ini juga tidak tertakluk kepada keperluan untuk diaudit kewangannya. Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk peniaga mikro menguruskan kewangan perniagaan secara berasingan dengan hal-hal kewangan keluarga. Di dalam topik ini, peserta akan didedahkan kepada tips bagaimana untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan mereka agar tidak bercampur dengan kewangan peribadi mereka.
-
Video
-
Dokumen