
Seorang peniaga kecil-kecilan sering berhadapan dengan cabaran untuk menguruskan hal keluarga dan hal berkaitan perniagaannya pada masa yang sama. Bagi perniagaan mikro, dari sudut undang-undang, tiada sempadan perbezaan di antara entiti perniagaan tersebut dengan diri pemilik perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, peniaga mikro harus bijak membezakan di antara urusan perniagaan dengan urusan keluarga, terutamanya dari segi pengurusan kewangan. Sebagai asas kepada pengurusan kewangan, modul ini menfokus kepada pengurusan kewangan keluarga dahulu kerana ianya sangat penting sebagai batu asas kestabilan kewangan seorang peniaga mikro. Di dalam topik “Teknik Envelop” ini, peserta akan membuat refleksi diri tentang sumber pendapatan serta perbelanjaan keluarga mereka untuk mengenalpasti kebocoran yang berlaku di dalam perbelanjaan mereka, serta mengenalpasti peluang simpanan atau pelaburan yang mereka mungkin terlepas sebelum ini. Setelah mengenalpasti kebocoran yang berlaku, peserta akan belajar cara-cara untuk mengurangkan kebocoran tersebut melalui penyediaan bajet dan teknik envelop. Di samping itu, peserta akan didedahkan kepada jenis-jenis simpanan dan pelaburan yang ada di Malaysia yang boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka.