
Peniagaan adalah sumber pendapatan dan sesetengah masyarakat menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama peribadi dan keluarga. Perniagaan boleh dijalankan secara fizikal dan juga menggunakan platform atas talian sebagai medium utama transaksi perniagaan. Di Malaysia, terdapat banyak platform atas talian yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan. Platform atas talian ini sudah lebih sedekad berada di Malaysia. Shopee adalah merupakan salah satu platform e-dagang yang mula mendapat tempat di hati peniaga atas talian di Malaysia. Shopee menawarkan berbagai produk pada harga yang sangat murah dan berpatutan. Hampir apa sahaja produk yang anda inginkan dapat ditemui disini. Ia juga sangat mudah buat pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi kerana ia mempunyai sistem yang sangat mesra pengguna dan selamat untuk kedua-dua belah pihak.
Course Outline Menggunakan Platfom Shopee Sebagai Platfom Perniagaan